Sunday 26 April 2015

cerita disebalik tanjung tuan atau cape rachado

TANJUNG TUAN @ CAPE RACHADO, MELAKA.

Tidak ramai dalam kalangan kita tahu burung 'raptor' atau burung pemangsa berasal dari dinosur velociraptor (dinosur berkaki dua dan berpinggul seperti yang digambarkan dalam filem 'Jurassic Park'). Beribu-ribu burung jenis ini dapat dilihat terbang pulang ke destinasi mereka di hemisfera utara.Burung raptor singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan mereka merentasi Selat Melaka sejak beribu tahun lalu dan hijrah burung-burung ini merupakan satu kejadian alam yang menakjubkan setiap tahun.
Raptor 

Kebanyakan raptor berasal dari kawasan sejuk hemisfera utara dan boleh didapati di hutan Siberia, utara China, Mongolia, Jepun dan Korea.Tanjung Tuan disenaraikan sebagai antara lokasi melihat raptor oleh pelbagai pertubuhan burung dan juga National Geographic Society.Di sini, selain daripada melihat raptor, pengunjung boleh merentasi hutan dan paya bakau secara 'nature walk' dan menikmati keindahan saki-baki hutan hujan khatulistiwa yang masih wujud di Pantai Barat di Semenanjung.

Tanjung Tuan juga merupakan tempat tinggal bagi spesies monyet kelabu (silver-leafed monkey) manakala penyu lipas (Olive Ridley turtle) serta penyu karah (Hawksbill turtle) sering dilihat di kawasan pantai.
silver-leafed monkey

Olive Ridley turtle

Hawksbill turtle
thanks to google,http://gommu-gommu.blogspot.com,http://www.mstar.com.my/